The Red Warriors : Misi Memburu Piala AFC 2012

Posted by The12thWarriors Team On Tuesday, December 6, 2011 1 comments
Undian penuh Piala AFC 2012




     Kejayaan The Red Warriors menjadi Juara Liga Super 2011 telah menobatkan pasukan dari Pantai Timur untuk mewakili Malaysia bersama-sama dengan pasukan jiran,Terengganu yang menjadi Juara Piala FA ke kancah saingan merebut Piala AFC 2012.Terengganu layak secara automatik dimana sebelum ini terpaksa bermain secara playoff setelah kelab dari China dan Indonesia menarik diri dari menyertai kancah saingan Piala AFC ini.

Diundi dalam kumpulan H, The Red Warriors mengharungi perlawanan peringkat kumpulan bersama-sama dengan pasukan Ayeyawady United ( Myanmar ), Arema ( Indonesia ),dan Navibank Saigon ( Vietnam ).

Peluang yang dimiliki oleh pasukan The Red Warriors ini seharusnya menjadi peluang yang terbaik untuk The Red Warriors ( Sang Kijang ) menunjukkan aksi-aksi terbaik semasa menentang kelab-kelab di atas ( rujuk jadual ) seterusnya menjadi pasukan yang pertama dari Malaysia muncul Juara Piala AFC atau menduduki tempat yang lebih baik dari pasukan-pasukan yang pernah mewakili Malaysia sebelum ini.

Perlawanan merebut Piala AFC ini akan bermula pada bulan Mac 2012 mengikut laman web Asian Football Confederation ( AFC ).The Red Warriors bukan bertemu dengan pasukan-pasukan belasahan,sebaliknya akan bertemu dengan pasukan yang menjadi Juara dan Naib Juara dalam liga di negara masing-masing.

1.Ayeyawady United menjadi Naib Juara Liga di Myanmar
2.Arema menjadi Naib Juara Liga Super Indonesia
3.Navibank Saigon menjadi Juara di Piala Vietnam.

Kehadiran pemain import dilihat sedikit sebanyak akan membantu The Red Warriors mengharungi cabaran Piala AFC menentang kelab-kelab dari luar negara.Emanuel Ayaah Okine,Denny Agyare Antwi dan Mohammad Ghaddar Mahmoud dilihat mampu menggalas cabaran skuad Sang Kijang bagi saingan Piala AFC 2012.AFC membenarkan 4 pemain import digunakan dalam saingan Piala AFC 2012 dimana jika dilihat pasukan The Red Warriors masih lagi mempunyai 1 kuota pemain import yang belum diisi.Diharapkan pihak pengurusan The Red Warriors akan menemui seorang lagi pemain import untuk memenuhi kuota 4 pemain import yang dibenarkan.

Semoga,harapan dan cita-cita penyokong bolasepak Kelantan ingin melihat pasukan kesayangan menjadi juara akan menjadi kenyataan.

bergerak seiring,sehati sejiwa,satu suara "Gomo Kelate Gomo" selamanya The 12th Warriors..!!

1 comments:

The12thWarriors Team said...

ZAKARIA CHARARA MENJADI PEMAIN IMPORT KE EMPAT PASUKAN THE RED WARRIORS.

Post a Comment