PEMAIN IMPORT : ZAKARIA CHARARA

Posted by The12thWarriors Team On Tuesday, December 6, 2011 0 comments

ZAKARIA CHARARA.Itulah Pemain Import keempat pasukan The Red Warriors.Dilahirkan pada 1 Januari 1986 di Beirut,Zakaria merupakan pemain yang berasal dari Lebanon.Kerjaya beliau sebagai pemain bolasepak Lebanon bermula bersama Nejmah Sporting Club.Beliau menyertai pasukan muda Lebanon pada tahun 2008.Persembahan beliau yang bagus telah berjaya menjulang Nejmah SC menjadi Juara Liga Lebanon.Sekarang,Zakaria akan bersama-sama dengan rakan sepasukan di Lebanon,Mohammed Ghaddar dan dua pemain import dari Ghana,Denny Antwi dan Emanuel Okine menyertai pasukan Kelantan The Red Warriors.

Kelibat Zakaria semasa perlawanan persahabatan Kelantan menentang Maldives telah menimbulkan banyak persoalan di kalangan penyokong The Red Warriors.Selepas menjalani beberapa siri perlawanan persahabatan dengan The Red Warriors,Zakaria telah dilepaskan oleh pasukan.Beliau kemudiannya dilihat mencuba nasib dengan beberapa pasukan lain di Liga Super,antaranya dengan pasukan Perak FA.

Zakaria telah di ambil oleh Kelantan sebagai pemain import keempat setelah pihak pengurusan KAFA bersetuju untuk menawarkan kontrak kepada beliau.Berikut adalah petikan dari facebook presiden KAFA.

"Selepas mengambil kira pelbagai faktor termasuk keperluan pasukan,keupayaan pemain dan kemampuan kewangan TRW MEMUTUSKAN MENGAMBIL ZAKARIA CHARARA sbg impot keempat kita..rundingan terma Dan gaji sudah tercapai DAN ZAKARIA SUDAH PUN TIBA DIKOTA BHARU MLM INI DAN MEMULAKAN LATIHAN PAGI ESOK "TSAM.

Semoga dengan kehadiran Zakaria ini,pasukan Kelantan The Red Warriors akan bertambah mantap dan memberi saingan sengit kepada mana-mana pasukan lawan.Kepada Zakaria,selamat berkhidmat di negeri Cik Siti Wan Kembang,Tanah Serendah Sekebun Bunga.Gomo Zakaria Gomo...!!!

Mohammed Ghaddar - ST
Denny Antwi - ST
Emmanuel Okine - DF, DM
Zakaria Charara - MF

Bergerak seiring,sehati sejiwa,satu suara "Gomo Kelate Gomo" selamanya The 12th Warriors..!!

0 comments:

Post a Comment