FAM beri lampu hijau Ferris sertai Kelantan

Posted by The 12th Warriors On Monday, December 8, 2014 0 comments






Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) telah memberi kebenaran kepada Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) untuk mendaftarkan penyerang Harimau Muda A, Muhammad Ferris Danial Mat Nasir bagi mewakili The Red Warriors dalam saingan Liga Malaysia (Liga M) musim hadapan.
Setiausaha Agung KAFA, Datuk Ismail Md. Noor ketika dihubungi di sini semalam mengesahkan berita tersebut.
Menurutnya, surat pelepa san pemain berusia 22 tahun itu dari badan induk bola sepak negara telah diterima oleh KAFA pada minggu lalu.
“Setakat ini pemain berke naan belum melaporkan diri ke kem pasukan Kelantan dan kita berharap dia akan berbuat demikian dalam masa terdekat. Ini bagi memastikan sesi latihan bersama pasukan berjalan de ngan lancar,” katanya.
Ismail memberitahu, bagai ma napun pihaknya masih belum mendaftarkan pemain berkenaan kerana ia berada di bawah kes istimewa.
“Kita kena merujuk kepada peraturan terlebih dahulu apabila seseorang pemain yang kembali ke pangkuan pasukan negeri. Ini kerana negeri mempunyai hak ke atas pemain berkenaan.
“Kita tidak mahu kes yang berlaku ke atas Gary Steven Robbat berulang apabila dia menjadi rebutan tiga negeri iaitu Kedah, Pahang dan Johor Darul Takzim,” tegasnya.
Muhammad Ferris bintang kelahiran Kelantan yang menabur bakti bersama Harimau Muda sejak 2010 lalu.
Kehadiran pemain ini dijangka memberikan lebih banyak pilihan kepada George Boateng untuk merencanakan barisan Kelantan untuk musim hadapan. ~ KOSMO

0 comments:

Post a Comment