Salam 12.12.12

Posted by The12thWarriors Team On Tuesday, December 11, 2012 0 comments

Artikel dipetik dari :
www.theredwarriors.com
Bersempena dengan tarikh keramat ini, pihak TheRedWarriors.com ingin mengambil peluang untuk menwar-warkan satu lagi produk yang bakal kita ketengahkan untuk semua penyokong dan peminat The Red Warriors di serata tempat bermula untuk musim 2013.
Setelah mengambil kira pelbagai pandangan, maka kami merasakan sokongan TheRedWarriors.com terhadap pasukan itu harus lebih padu. Ini memandangkan usaha untuk mempertahankan kesemua kejuaran sudah semestinya tidak semudah usaha kita menjulangnya untuk pertama kali. Maka kami dengan ini akan melancarkan kelab peminat rasmi untuk the redwarriors.com. Dan ironinya kelab peminat tersebut akan dikenali sebagai 'The 12th Warriors'. Selain bertindak sebagai kelab peminat rasmi, kelab ini  adalah simbolik akan segala sokongan dan juga komitment anda buat kami sehingga ini.

Untuk musim 2013 juga kami akan memastikan setiap berita yang disampaikan kepada anda semua dengan lebih tepat dan bebas bagi memastikan setiap peminat dan penyokong dapat merasakan betapa dekatnya mereka dengan pasukan. Untuk 2013 juga sidang redikasi TheRedWarriors.com juga bakal dibarisi oleh beberapa muka baru, pun begitu mereka-mereka ini bukanlah asing dalam penulisan berkaitan bolasepak baik dalam dan luar negara. Diharapkan dengan kehadiran mereka-mereka ini bakal membuatkan website ini akan lebih menyerlah lagi. Kepada mereka kami upacapkan selamat datang ke keluarga TheRedWarriors.com.  
Berbalik kepada 'The 12th Warriors', kita akan jadikan ia sebagai sebuah pertubuhan yang berdaftar di peringkat nasional. Ianya akan menjadi satu lagi nadi utama untuk bersama-sama menyokong perkembangan dan kelestarian The Red Warriors itu sendiri. Setiap keanggotaannya dipastikan berdaftar dan mempunyai syarat dan terma-termanya sendiri. Pun begitu ia dibuka kepada semua pengikut-pengikut setia TheRedWarriors.com tampa mengira apa jua latar belakang anda. Sekiranya anda berminat untuk menyertai kelab ini anda bolehlah mengikuti perkembangan semasa berkaitannya di page rasmi 'The 12th Warriors'. Pelbagai feadah dan juga kelebihan bakal bersama anda semua melaluinya. Kami amatlah berharap dengan hadirnya kelab peminat ini ia akan memeriahkan lagi fenomena yang dicetuskan oleh The Red warriors itu sendiri.
Buat sementara waktu, kelab ini akan dipacu oleh oleh jawatankuasa penaja yang akan diberitahu kelak. Untuk fasa yang pertama ini kami sasarkan menjelang bulan Januari kelab ini bakal memperolehi ahli-ahli yang berdaftar sebanya 1000 orang. Dan apabila target ini tercapai, pihak The Red Warriors.com akan bertindak mengadakan AGM penubuhan bagi memberikan peluang kepada ahli untuk memilih AJK sebenar di kalangan mereka untuk memimpin kelab ini ke arah tujuan dan matlamat yang dipersetujui bersama. Segala perkembagan berkaitannya juga kami akan war-warkan melalui website ini dan juga page rasmi kami 'The Red Warriors Malaysia'.  
'...Selamanya, The Red Warriors...'


0 comments:

Post a Comment