PIALA SUZUKI AFF 2012 : Tiket Mula Dijual Jumaat ini.

Posted by The12thWarriors Team On Monday, December 3, 2012 0 comments
Negaraku..Tanah Tumpahnya Darahku...!!!

Itulah kata-kata keramat yang sentiasa meniti dibibir rakyat Malaysia tatkala menyanyikan lagu kebangsaan,Negaraku.Bagi rakyat Malaysia,kejayaan pasukan negara layak ke perlawanan separuh akhir Piala Suzuki AFF telah menyemarakkan lagi semangat rakyat Malaysia untuk memberikan sokongan padu kepada pasukan bolasepak Malaysia.Kejayaan ini sememangnya ditagih oleh setiap rakyat Malaysia yang ingin melihat skuad negara semakin maju kehadapan seterusnya berjaya mempertahankan kejayaan menjulang Piala Suzuki AFF edisi yang lalu.

Aksi perlawanan pertama peringkat kumpulan menyaksikan skuad negara kelihatan tidak bermaya untuk menggalas cabaran sebagai juara bertahan.Kekalahan 3 - 0 kepada pasukan jiran,Singapura telah menyebabkan pasukan negara dikritik hebat ekoran prestasi yang tidak memberangsangkan itu.Namun demikian,pada perlawanan kedua peringkat kumpulan B,pasukan negara telah berjaya bangkit untuk melakarkan kemenangan dengan menewaskan Laos dengan jaringan 4 - 1.Kemenangan ini sedikit sebanyak telah kembali memulihkan keyakinan dan semangat penyokong-penyokong skuad negara ini.Kemenangan skuad negara ( Harimau Malaya ) ini telah menggembirakan banyak pihak.Pada perlawanan ketiga/terakhir peringkat kumpulan,skuad Harimau Malaya telah bertemu dengan pasukan Indonesia dan menyaksikan skuad Harimau Malaya menewaskan seteru utama itu dengan jaringan 2 - 0 .

Jangan kejutkan harimau yang sedang tidur.Mungkin itu sesuai untuk skuad Harimau Malaya,tewas perlawanan pertama dan terus bangkit mencipta kemenangan untuk 2 perlawanan terakhir kumpulan.Pada peringkat separuh akhir  nanti,skuad Harimau Malaya akan menerima kunjungan skuad Gajah Putih,Thailand pada 9 Disember 2012 untuk perlawanan pertama dan separuh akhir kedua pula skuad Harimau Malaya akan berkunjung pula ke negara Gajah Putih pada 13 Disember 2012.


Tiket perlawanan separuh akhir pertama Piala Suzuki AFF 2012,Malaysia menentang Thailand di Stadium Nasional Bukit Jalil akan mula dijual pada Jumaat dan Sabtu ini di SNBJ dari jam 9.00 pagi hingga 7.00 malam manakala pada hari Ahad,tiket akan dijual di kaunter SNBJ mulai jam 9.00 pagi hingga perlawanan bermula.Bagi mereka yang berdekatan dengan Shah Alam,tiket perlawanan boleh dibeli di kaunter tiket stadium Shah Alam  pada hari Jumaat dan Sabtu sahaja bermula jam 9.00 pagi hingga 7.00 malam.Tiket bagi dewasa berharga RM40 dan kanak-kanak berharga RM10.

" Satu Matlamat,Satu Sorakan...Gomo Malaysia Gomo...!! "



0 comments:

Post a Comment