Piala Malaysia 2012 : Sokongan Penyokong Tidak Ternilai Untuk Kelantan,Optimis Kelantan Mampu Menjulang Piala Malaysia 2012

Posted by The12thWarriors Team On Monday, October 15, 2012 0 comments

PIALA MALAYSIA......Salah satu piala yang menjadi rebutan pasukan-pasukan yang bertanding dalam Liga Malaysia.Piala Malaysia merupakan piala yang berprestij untuk direbut oleh pasukan yang layak menyertai kancah saingan Piala Malaysia

Piala Malaysia musim 2012 sekarang telah memasuki peringkat akhir yang akan berlangsung di Stadium Shah Alam pada 20 Oktober 2012..Kelantan adalah salah satu pasukan yang berjaya menempatkan diri di perlawanan akhir piala malaysia bertemu dengan Angkatan Tentera Malaysia.Apa yang menarik,pertembungan kedua-dua pasukan ini adalah melibatkan pasukan sang juara iaitu Kelantan menjuarai Liga Super dan Angkatan Tentera Malaysia menjuarai Liga Perdana.

Bagi rakyat Kelantan yang juga penyokong bolasepak Kelantan,sokongan yang mereka berikan tidak ternilai harganya.Tidak dinafikan,sokongan yang mereka berikan ini telah menyebabkan mereka berhabis wang ringgit,masa dan tenaga demi menyokong pasukan bolasepak Kelantan.Pengorbanan yang dibuat oleh penyokong-penyokong Kelantan ini pastinya ingin diraih dengan kejayaan menjulang Piala.Oleh yang demikian,diharapkan setiap pemain mempamerkan satu permainan yang bertenaga,menarik dan bermutu demi membalas kepercayaan yang telah diberikan oleh semua penyokong.

Sikap optimis penyokong Kelantan terhadap pasukan sendiri diharapkan dibalas dengan detik kegembiraan pada masa akan datang.Sikap penyokong-penyokong Kelantan yang gemar mengkritik pasukan ada baiknya.Kritikan yang dilemparkan itu diharap mampu membawa perubahan besar kepada pasukan dan memberi kesedaran kepada mereka-mereka yang berkuasa agar sentiasa juga mendengar luahan hati penyokong.Kadangkala tindakan mereka ini ada kebenarannya.Mereka melakukannya kerana setiap dalam diri penyokong Kelantan ini mempunyai semangat kasih dan cintakan bolasepak negeri begitu menebal di hati sanubari mereka.Kesungguhan mereka ini terbukti apabila sanggup untuk berkelana ke sabah dan sarawak demi memberikan sokongan kepada pasukan negeri tercinta,Kelantan Darul Naim.

Bagi edisi Piala Malaysia 2012,diharapkan pasukan Kelantan akan berjaya membawa pulang Piala Malaysia dimana pada tahun 2010,Kelantan pernah menjadi Juara Piala Malaysia 2010 apabila menewaskan Negeri Sembilan pada perlawanan akhir.Diharapkan juga kepada pemain ke 12 Kelantan,anda semua menjaga tingkahlaku semasa di stadium,tanamkan dalam diri sikap optimis terhadap pasukan Kelantan Darul Naim.Sikap optimis ini sekurang-kurangnya akan memberikan semangat kepada anda semua untuk terus berada di stadium dan berdiri bersama pasukan,jatuh bersama pasukan demi nama negeri KELANTAN DARUL NAIM..................Sebagai pemain ke 12 juga,kita harus memastikan,STADIUM SHAH ALAM  akan terus ditawan oleh Tentera Merah THE RED WARRIORS...!!

                 " Satu Matlamat,Satu Sorakan...Gomo Kelate Gomo...!! "
                        

0 comments:

Post a Comment