Memahat Sejarah,Mencipta Kegemilangan

Posted by The12thWarriors Team On Sunday, May 27, 2012 0 comments
Saingan Piala AFC 2012 telah menyaksikan pasukan Kelantan layak ke Peringkat Suku Akhir setelah menewaskan sebuah lagi pasukan yang mewakili Malaysia,Terengganu.Kelantan berjaya menewaskan pasukan jiran itu dengan jaringan 3 - 2 dan melayakkan Kelantan untuk ke peringkat suku akhir.

Apa yang membanggakan,kejayaan pasukan Kelantan ini telah berjaya memahat sejarahnya yang tersendiri apabila penyertaan pertama kali Kelantan ke kancah saingan Piala AFC telah menyaksikan pasukan Kelantan telah mara sehingga ke peringkat suku akhir.Kejayaan ini sememangnya telah memahat sejarah yang gemilang buat bolasepak Kelantan.

Kejayaan Kelantan memahat sejarah bagi saingan Piala AFC 2012 ini merupakan sesuatu yang amat membanggakan seluruh rakyat negeri kelantan Darul Naim.Melalui sukan bolasepak,nama Kelantan kini lebih dikenali sebagai kuasa besar bolasepak di Malaysia.Sejarah yang telah tercipta ini seharusnya dilakar dengan sebaik mungkin untuk Kelantan terus memahat sejarah yang baru bagi saingan akan datang.Keupayaan barisan pengurusan,jurulatih,pemain dan penyokong bersatu padu bersama-sama telah menampakkan hasilnya.Hasilnya adalah kejayaan Kelantan melayakkan diri ke saingan peringkat suku akhir setelah berjaya mengharungi perlawanan di saingan peringkat kumpulan dan kalah mati.

Diharapkan dengan kejayaan ini,pasukan Kelantan akan terus maju kehadapan untuk mencipta sebuah kegemilangan bolasepak yang akan dikenang sepanjang zaman.Kegemilangan bolasepak Kelantan pada era terdahulu seharusnya perlu dicipta pada tahun ini untuk mengimbau kegemilangan pada era terdahulu.Pastinya pemain-pemain Kelantan pada era terdahulu juga mahu merasai kegemilangan bolasepak Kelantan yang begitu cemerlang pada tahun ini.Pemain-pemain seperti Hamid Ramli,Halim Ramli,Mohammad Che Su,Dali Omar dan ramai lagi semestinya mahu menggamit memori mereka semasa era mereka dahulu kala dimana pasukan Kelantan merupakan pasukan yang terbaik dan digeruni oleh lawan di Malaysia.

Semoga,kejayaan Kelantan yang telah memahat sejarah pada tahun ini akan terus dipahat dengan kejayaan demi kejayaan dan seterusnya Kelantan mencipta kegemilangan bersejarah.Impian yang kita impikan ini bukannya fantasi sebaliknya ianya adalah realiti untuk Kelantan mencipta nama di Asia.

" Satu Matlamat,Satu Sorakan...Gomo Kelate Gomo...!! "

0 comments:

Post a Comment