Misi Memerahkan Stadium Darul Aman...!!!

Posted by The12thWarriors Team On Monday, April 30, 2012 0 comments
Malam ini,semua penyokong The Red Warriors pastinya akan terarah ke Negeri Kedah Darul Aman.Penyokong The Red Warriors dari segenap pelusok semenanjung Malaysia pastinya ingin berada di Stadium Darul Aman,Alor Star bagi berjuang bersama-sama dengan pemain The Red Warriors.Sememangnya perlawanan pada malam esok, 1 Mei 2012 adalah perlawanan titik tolak kepada Kelantan samada layak ke perlawanan akhir saingan Piala FA atau sebaliknya.

Seluruh kelab-kelab penyokong The Red Warriors pada masa ini telah berusaha sebaik mungkin untuk memastikan penyokong-penyokong The Red Warriors berada di Stadium Alor Star untuk berjuang bersama pemain.Dikhabarkan rombongan-rombongan bas dari pantai timur,selatan,tengah dan lembah klang telah bersiap sedia untuk bertolak ke negeri Kedah Darul Aman.Apa yang pasti,walau dimana jua pasukan Kelantan The Red Warriors beraksi,penyokong-penyokong setia The Red Warriors sentiasa berada dibelakang pemain sebagai pemain ke-12 pasukan Kelantan.

Selain dari rombongan bas,terdapat juga individu-individu dari Lembah Klang ke Alor Star secara berkonvoi kereta.Apa yang pasti,lebuhraya PLUS menuju ke Utara tanahair akan dipenuhi dengan penyokong-penyokong The Red Warriors dari perbagai Kelab penyokong.Misi memerahkan lebuhraya PLUS akan menjadi kenyataan pada sianghari nanti.

Dalam kemeriahan kita berkonvoi ke Alor Star,pastikan soal keselamatan dititikberatkan.Semasa berada di jalanraya,lebuhraya,keselamatan diri hendaklah diutamakan.Apa yang lebih penting,menjaga disiplin diri semasa berada di stadium.Pada masa artikel ini ditulis,sebahagian konvoi dari penyokong dari Lembah Klang telah berlepas ke Alor Star.

Semangat juang anak-anak Kelantan sentiasa ada dimana-mana untuk berjuang demi mengharumkan nama negeri Kelantan Darul Naim.Kepada semua penyokong,kami ucapkan selamat berkonvoi,selamat menyokong bolasepak Kelantan.Semoga perjalanan anda semua dirahmati olehNYA serta selamat pergi dan balik ke destinasi masing-masing.

" Satu Matlamat,Satu Sorakan...Gomo Kelate Gomo...!! "


0 comments:

Post a Comment