Jom Serbu Alor Star,Stadium Darul Aman...!!!

Posted by The12thWarriors Team On Sunday, April 22, 2012 0 comments

Berita baik buat seluruh penyokong pasukan The Red Warriors.Bagi mereka yang ingin bertandang ke Alor Star pada 1 Mei 2012 sempena perlawanan separuh akhir kedua Piala FA,Pihak Persatuan Bolasepak Negeri Kelantan (KAFA) akan menyediakan bas bagi semua kelab-kelab penyokong di Kelantan dan Lembah Klang.

Ini adalah inisiatif yang dilakukan oleh pihak KAFA yang nyata menghargai sumbangan yang telah diberikan oleh semua penyokong pasukan.Sesungguhnya,penyokong Kelantan dari awal musim sehingga hari ini telah banyak menghabiskan wang ringgit,masa dan tenaga demi bolasepak Kelantan Darul Naim.Justeru itu,peluang yang hadir ini hendaklah direbut dengan sebaiknya oleh kelab-kelab penyokong yang berkenaan.Bagi penyokong yang hendak ke Stadium Darul Aman,sila berhubung dengan penyelaras kelab masing-masing untuk memudahkan segala urusan.

Kami bagi pihak penyokong,merakamkam ucapan jutaan terima kasih kepada pihak KAFA diatas usaha murni yang dijalankan ini demi menghargai kami sebagai penyokong pasukan The Red Warriors.Sahutan cabaran dari Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar Musa akan kami sahut.Kami akan tiba di Alor Star untuk berjuang bersama-sama pemain Kelantan demi memartabatkan bolasepak negeri Kelantan.

Berikut dipaparkan petikan status dari facebook Tan Sri Annuar Musa :

" Kafa akan sponsor bas untuk ultras klate,kelab penyokong klate dan set lembah kelang..hubungi bendahari utk KE ALOR STAR...jom serbu depa......!!!! "

" Satu Matlamat,Satu Sorakan...Gomo Kelate Gomo...!! "


0 comments:

Post a Comment