Ayuh Bangkit Mohammed Mahmoud Ghaddar...!!!

Posted by The12thWarriors Team On Tuesday, February 7, 2012 0 comments


Mohammed Mahmoud Ghaddar,Pemain yang dilahirkan pada 1 Januari 1984 di Lebanon ini telah memulakan kariernya dalam bolasepak seawal usia 14 tahun lagi dengan Kelab Nejmeh Sporting Club.Pada tahun 2012,Mohammed Mahmoud Ghaddar telah menandatangani kontrak dengan Kelantan FA.

Bersama Kelantan FA,Ghaddar masih lagi bergelut mencari sentuhan penyudah untuk menjaringkan gol.Beberapa peluang untuk menjaringkan gol oleh Ghaddar nampaknya banyak dipersiakan olehnya.Tatkala beliau bergelut untuk mencari sentuhan gol,penyokong-penyokong Kelantan FA telah mula mempertikaikan aksi-aksi beliau di padang.

Rata-rata penyokong melahirkan kekecewaan terhadap pemain yang berusia 28 tahun ini.Sebagai penyokong bolasepak,kita seharusnya memberi suntikan semangat dan moral kepada pemain ini untuk beraksi dengan lebih baik.Pada malam ini,apabila Kelantan bertemu Sabah di Stadium Likas,peluang buat Ghaddar untuk mempamerkan kehebatan sebenar sekali lagi terhidang.Diharapkan,pada malam ini adalah malam yang bertuah untuk Ghaddar mencipta nama selaku penjaring gol bukan hanya bergantung kepada sepakan penalti sahaja.

Kami di The 12th Warriors percaya,Ghaddar akan bangkit dan menunjukkan aksi-aksi cemerlangnya demi menggembirakan rakyat Kelantan Darul Naim.Sama-samalah kita optimis terhadap Ghaddar membantu beliau menaikkan moralnya sebagai pemain profesional,menaikkan semangatnya sebagai pemain The Red Warriors sekaligus menggembirakan kita semua sebagai Pahlawan Ke-12 The Red Warriors.

Buat Mohammed Mahmoud Ghaddar,walaupun anda tidak memahami tulisan ini,kami semua tetap yakin dan berdoa,agar anda dapat menemui sentuhan penyudah untuk menewaskan lawan.

0 comments:

Post a Comment