SORAKAN KEMBALI BERGEMA,KEHANGATAN KIAN MEMBAHANG..!!

Posted by The12thWarriors Team On Wednesday, January 4, 2012 0 comments

"Sorakan kembali bermula, kehangatan mula terasa". Bolasepak memang senantiasa menjadi kegilaan.. bukan hanya di negara kita, bahkan seluruh pelosok dunia. 7 JANUARI 2012 Malaysia akan kembali digegarkan dengan keriuhan dan gegak gempita penyokong di serata tanah air dalam membuktikan pasukan mereka lebih hebat berbanding pasukan lain, menandakan Liga Super dan lain-lain Kejohanan telah bermula. Pelawanan tumpuan utama yang turut disajikan secara langsung melalui kaca televisyen adalah perlawanan Kelantan menentang Negeri Sembilan iaitu perlawanan Piala Sumbangsih Piala Sultan Haji Ahmad Shah.--------------


Rata-rata tidak memberikan harapan tinggi kepada pasukan Kelantan, banyak isu yang menyukarkan untuk umum mengatakan Kelantan akan mempertahankan Piala tersebut.Rentetan ketidak percayaan untuk pasukan Kelantan mempertahankan piala ini juga mungkin disebabkan aksi-aksi perlawanan persahabatan yang boleh dikatakan "tawar". Hanya penyokong setia mereka yang merupakan pahlawan ke-12 yang sanggup hadir memberikan sokongan tak berbelah bahagi kepada pasukan yang rata-ratanya masih baru. Baru dibentuk semula, baru mendapat jurulatih baru, berjersi baru, dan banyak lagi serba barunya.Kehadiran semula pemain import sedikit sebanyak juga akan kembali memeriahkan kancah bolasepak negara.


Pasukan Negeri Sembilan sememangnya turun dengan moral dan spirit yang tinggi," Kelantan akan dibelasah ", "Misi menewaskan Kelantan ", awal-awal lagi menjadi topik. Perlawanan kali ini akan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil dimana gelanggang sebelum ini adalah di Stadium Sultan Muhammad IV.Keputusan FAM mengubah gelanggang perlawanan dari Kota Bharu Ke Bukit Jalil telah menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan penyokong The Red Warriors.Menurut FAM,perlawanan terpaksa diubah ke Bukit Jalil memandangkan di Pantai Timur sekarang adalah musim tengkujuh dan dikhuatiri hujan lebat akan menangguhkan perlawanan sebagaimana perlawanan persahabatan Kelantan menentang Terengganu.


Akan tetapi,pada 7 Januari 2012,rakyat Kelantan yang akan menyaksikan perlawanan ini baik di stadium mahupun melalui kaca TV sekali lagi akan menjadi saksi untuk Kelantan mempertahankan Piala Sumbangsih. Perlawanan ini sememangnya akan menjadi perlawanan tumpuan...
'Kemeriahan sudah kembali'. .telah lama rasanya Liga Malaysia sunyi.Tanpa sorakan penyokong bolasepak tempatan,kemeriahan arena sukan bolasepak Malaysia tidak bermaya.

Menyentuh isu penyokong,sebagai penyokong setia bolasepak, kami juga bencikan keganasan dan sesuatu yang boleh merencatkan perlawanan. Pun begitu adalah di luar kemampuan kami untuk menahan dan memastikan ada di kalangan kami yang bertindak melampaui sempadan. Ada pihak yang telah dipertanggungjawabkan untuk mengawal hal-hal tersebut, maka kami harapkan mereka lebih komited dan proaktif dalam menjalankan tugas tersebut. Hal keselamatan jangan dipandang enteng. Kedengarannya ada yang ditahan pihak tersebut, maka lakukan siasatan dengan tulus dan sekiranya mereka bersalah, hukumlah sekiranya itu boleh merubah corak sokongan kami semua.

Dalam soal bendera parti, sebenarnya telah tiba untuk semua parti-parti politik duduk semeja dan menjelaskan isu ini kepada penyokong-penyokong mereka. Bolasepak memang tidak boleh lari dari politik, tetapi bukan parti politik.Tidak usahlah melibatkan parti-parti politik ini yang jelasnya tidak membawa keuntungan apa-apa tetapi telah mendatangkan musibah dan kelumpuhan dalam industri bolasepak negara, hal ini saya sentuh secara umum tanpa bias pada parti pemerintah maupun pembangkang. Inilah satu-satunya platform yang tinggal untuk kami rakyat bersatu dalam menyatakan sokongan dan sorakan, janganlah rampas ia dari kami dengan polemik dan sentimen politik kepartian yang tidak perlu.

Ayuh 12th warriors buktikan, anda bukan seperti yang mereka labelkan. Apa yang pasti sebenarnya di Stadium Nasional Bukit Jalil nanti, jaga tingkahlaku sebagai seorang penyokong yang beretika,beradab kerana semua pihak telah mengambil iktibar dari insiden-insiden yang lalu, dari pihak keselamatan, pengurusan stadium dan yang paling utama, penyokong telah mengambil tindakan proaktif dalam menjamin tahap keselamatan terkawal.Jadikan Tahun 2012,Tahun Kegemilangan Penyokong dan Pasukan Kelantan Di Arena Sukan Bolasepak Negara...!!!

Syabas Kelantan, syabas Pahlawan ke12!!!!

0 comments:

Post a Comment