Kelantan The Red Warriors Akan Bertemu Skuad Senior Negara,Harimau Malaya

Posted by The12thWarriors Team On Sunday, January 29, 2012 0 comments

Berita baik buat semua peminat bolasepak tanahair khususnya buat penyokong The Red Warriors.Satu perlawanan persahabatan akan berlangsung pada 1 Februari 2012 bertempat di Stadium Nasional Bukit Jalil.Perlawanan persahabatan di antara Kelantan menentang Harimau Malaya (senior) akan berlangsung pada hari cuti bagi Wilayah-wilayah Persekutuan.Tiket perlawanan bagi menyaksikan perlawanan persahabatan ini telah ditetapkan pada harga RM10.00 sahaja.Perlawanan ini pula akan berlangsung pada waktu malam jam 8.45 malam.


Sehubungan dengan ini,di jemput semua penyokong-penyokong The Red Warriors hadir memenuhi stadium Nasional Bukit Jalil bagi menyaksikan sendiri kehebatan skuad The Red Warriors dan Harimau Malaya beraksi di atas padang.Ayuh semua,jangan lepaskan peluang ini.Berikut petikan dari FB Tan Sri Presiden KAFA." Kelantan TRW akan bertemu SKUAD SENIOR NEGARA/HARIMAU MALAYA di stadium nasional BUKIT JALIL pd hari Rabu 1 hb FEBUARY(hari wilayah)..8.45mlm...ticket rm10 shj...SAKSIKAN!!!! ".

Butiran lanjut mengenai perlawanan ini seperti dibawah.

PERLAWANAN PERSAHABATAN

KELANTAN TRW vs HARIMAU MALAYA ( SENIOR )
STADIUM NASIONAL BUKIT JALIL
1 FEBRUARI 2012 JAM 8.45 MALAM
TIKET-TIKET BERHARGA RM10.00 BOLEH DIDAPATI DI KAUNTER-KAUNTER TIKET STADIUM.

0 comments:

Post a Comment